Tuesday, February 9, 2010

mulut tutup.tangan bergerak.otak berfikir.masih

Macam mana mahu jadi macam kau?

Kesabaran kau memang aku tabik.
Kalaulah aku punya sabar macam kau,
mesti aman dunia, tenang angin yang bertiup,
tiada malapetaka lagi.

Banyak pengalaman, luas pengetahuan, banyak yang kau dapat.
Sangat banyak rasanya tapi tu baru sekecil kuman.

Jauh lagi yang belum aku tahu,
banyak lagi yang aku kena belajar.

Penat.
Ye. Aku mengeluh.

.o r k e d.

Wednesday, February 3, 2010

business card

Ada sapa² tau dekat mana boleh print business card bukan ikut bentuk yang biasa. Maksud aku, bukan bentuk segi empat lebar. Aku ada assignment kena buat business card bukan bentuk biasa tuh.

Kalau ada sesiapa tahu, tolong maklum dekat aku, okey. Terima kasih (:

.o r k e d.

Tuesday, February 2, 2010

bulan baru.mood baru.

Busuk, buruk, hina, keji itu memang aku. Aku bukan tuhan yang sempurna dari segala. Kutuk, keji itu biasa bagi manusia. AH, manusia.

Sebaik-baik ciptaan adalah manusia tapi sebodoh-bodoh ciptaan juga adalah manusia. Tahu menuding tanpa periksa itu fitrah inikan pula fitnah tanpa bukti. Biasa.

Kalau cakap kena gaya, aku terima. Kalau cakap kena diri sendiri, aku tak tabik. Sama. TAPI, kalau bercakap lepas berubah, aku hormat. Tak pe, manusia berhak bersuara, macam aku. Dekat blog aku luah, dekat blog aku kongsi. Tak kisah orang cakap bagai, gaya macam kenal siapa aku padahal aku orang yang paling susah untuk dikenali. Setahun dua memang baru setahun jagung usianya.

Aku, bukan otak kolot. Aku terima kutukan orang seadanya. Aku manusia, lemah dan hina. Bukan malaikat yang mulia sifatnya. Dengan kutukan kau, mampu bagi aku bertambah kuat. Kelemahan aku akan aku ubah menjadi yang lebih baik.



.



.o r k e d.

Sunday, January 31, 2010

Saya peniaga berjaya

Aku rasa, aku tak jadilah nak buat ni. Sebab, kenapa mesti? Ramai yang tertanya-tanya. Bukan apa, ada pendapat mengatakan bahawa mulut aku ni jahat sangat. Ramai pihak yang tersinggung sebab isi kandungan dalam blog ni. Tapi, tengoklah macam mana. Apa² pun, terima kasih kepada yang tunjuk ajar.

Sempena Februari neh, aku berazam untuk menjadi usahawan yang berjaya. Macam² business dalam kepala otak aku ni. For starting, aku in process jual brooch dan bracelet. Makcik aku yang buat. Guna kristal swarovski. Cantik sangat². Brooch murah je, bracelet agak mahal sebab kristal dia banyak. Lagi satu, brooch dan bracelet ni tahan lama batu dia. Tahan lama maksudnya kilauan dia. Kalau perasan, bracelet dan brooch kristal biasa yang jual kat kedai tu kilauan dia tak lama.

Korang berminat tak? Nanti, aku upload gambar bagi korang tengok. Harga boleh nego. aku kan baik hati. Tak adalah kejam sangat nak letak harga macam jual kat butik mahal² tuh. Apa² hal, roger aku ok.

p/s: sok aku test.lepas test aku upload pic brooch & bracelet (:
.o r k e d.

macam mana nak delete blog?

Aaaa.. Macam mana nak delete account blog?


Minta tunjuk ajar.



Terima kasih



.o r k e d.